Resepi Biskut Cheesecake

Bahan-bahan untuk membuat Biskut Cheesecake:

250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
Biskut Cream Cracker Hup Seng (Nak sedap lagi gunakan Deluxe Crackers)
Susu full cream
Nestum
Cara-cara menyediakan Biskut Cheesecake:

Putar cream cheese sehingga lembut.
Masukkan susu pekat mengikut citarasa, kalau sukakan manis boleh tambah lagi.
Putar lagi sehingga adunan sebati.
Celup biskut dalam susu segar dan susun dalam loyang.
Sapu cream cheese di atas biskut pastikan sapu dengan rata dan tidak terlalu tebal dan taburkan nestum .
Ulang langkah 4-5 untuk beberapa lapisan.
Lapisan cheese yang paling atas dibiarkan tebal daripada lapisan bawah. Tabur nestum.
Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman agar ia menjadi keras.
Hidangkan

Dapatkan resepi penuh di sini resipichef.com