NASI GORENG BELACAN WITH BUTTER

Bahan A
1 mangkuk nasi putih
1 camca besar butter (saya menggunakan buttercup)
1 tangkai daun kari
1 biji bawah besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar Kicap ikan
1 fish cake
sedikit hirisan daging
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk lumat)
1 bji cili merah
3 biji cili padi
sedikit belacan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang besar.
2. Biarkan bawang sedikit layu baru dimasukkan daun kari dan bawang putih. Goreng sehingga terbit aroma yang harum.
3. Masukkan hirisan daging dan fish cake. Biarkan seketika. Jika daging sedikit keras bolehlah direbus terlebih dahulu.
4. Masukkan bahan B, Sos tiram dan Kicap Ikan. Masak sehingga sambal sedikit pekat.
5. Masukkan nasi, ratakan dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu.

Dapatkan resepi penuh di sini intai-intaidapurfha.blogspot.my